Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah. 

4. Di antara Sikap Gopoh-Gapah Dan Longgar:

Adakalanya orang yang berialan di atas jalan ini terlalu optimis. 
Apabila ia tidak melihat sebarang tanda-tanda kemenangan sedangkan pada 
hematnya ia telah mengalami berbagai-bagai kepayahan dan ujian di 
sepanjang jalannya, dan ia telah memberi pengorbanan yang semaksimanya. 
Ia mungkin terdorong oleh semangatnya yang berapi-api dan penuh ghairah 
untuk mempergunakan kekuatan senjata sebagai cara untuk mempercepat 
perjalanan. Lidahnya seolah-olah berkata: "Walaupun aku yang datang 
kemudian, aku mestilah mampu membuat sesuatu yang tidak dapat dibuat 
oleh orang-orang dahulu."

Dengan demikian itu dia dan orang-orang yang bersetuju dengannya membuat 
sesuatu di luar perencanaan yang rapi, yang didorong oleh semangat yang 
berapi-api dan membabi-buta. Akhirnya bukan sahaja tidak sampai kepada 
matlamat yang dicita-citakan bahkan merosakkan harakah Islamiah dan 
membahayakannya. Wajib difahami secara mendalam bahawa kekuatan yang 
pertama ialah kekuatan aqidah dan keteguhan iman dan diiring pula dengan 
kekuatan persatuan dan perpaduan, dan akhir sekali kekuatan tangan dan 
senjata itu pun jika sudah tidak mempunyai jalan dan pilihan lain. 

5. Di antara Politik dan Tarbiyah:

Di sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari 
jalan yang sihat iaitu kita memandang enteng dan ringan terhadap peranan 
tarbiyah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam 
membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah 
lalu mempergunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah 
parti-parti politik. Kita akan mudah terpedaya dengan kuantiti anggota 
yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam 
tarbiyah. lni adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang 
tidak boleh dipercayai akibatnya. Ini tidak mungkin menyediakan anasir 
yang kukuh yang mampu memikul hasil kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan 
untuk Islam.

Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti tetapi kita kekurangan 
kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islam yang kuat imannya yang 
membulatkan dirinya untuk dakwah, yang rela berkorban pada ialan dakwah 
dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu 
Tuhannya. Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiyah dan 
janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain.

6. Di antara Dakwah dan Manusia:

Kita adalah manusia yang kadangkala benar dan kadangkala salah dan 
kadangkala kita berbeza pendapat. Ini merupakan perkara biasa bagi 
sesiapa yang bekerja dan berusaha di dalam suatu bidang. Tetapi di bawah 
naungan cinta, kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah dan dorongan 
ikhlas dan tajarrud (membulatkan diri kepada Allah) segala kesalahan 
boleh diperbetulkan, perbezaan pendapat boleh diperbaiki, penerangan 
boleh dibentangkan, dipertimbangkan dan dirumuskan serta diselaraskan. 
Hal ini melahirkan tolong menolong dan bahu membahu di antara kita 
semua. Perbezaan pendapat di dalam sesuatu perkara tidak merbahaya 
selagi ditauti oleh rasa cinta dan kasih sayang. 

Tetapi jika ditonjolkan oleh orang-orang yang tertentu yang mempunyai 
kepentingan lalu dikobarkan di dalam suasana marah kerana membela diri 
ditambah lagi merasa mulia di dalam melakukan dosa dan mengampu 
orang-orang yang tertentu yang boleh merugikan dakwah. Maka di sinilah 
syaitan masuk campur dan akan melahirkan perpecahan. Akhirnya segala 
usaha menjadi hancur berantakan, waktu dihabiskan dalam perbalahan 
kemudian berusaha pula membuat perdamaian. 

Jika perkara seperti ini terjadi berterusan dan berulangkali maka dakwah 
dan kepentingannya akan terkorban di dalam suasana yang sedemikian. Pada 
hal sewajarnyalah segala usaha yang membina perlu ditumpukan kepada 
generasi yang sedang tumbuh dan mekar dalam mendidik dan mempersiapkan 
mereka dengan sebaik-baiknya.

Inilah sebahagian dari penyelewengan dan ketergelinciran di sepanjang 
jalan dakwah. Marilah kita sedari dan pelihara diri kita daripadanya. 
Kita sentiasalah tanpa henti meminta pertolongan kepada Allah Taala 
supaya Dia membawa kita, memimpin kita melalui jalan yang benar dan 
menunjuki kita jalan yang lurus kerana sesungguhnya Dia Maha Kuasa 
membuat apa yang dikehendakiNya.

----------

Peringatan:

Dalam kita menyatakan tentang penyelewengan-penyelewengan yang jauh dari 
jalan dakwah yang sahih, kita hanyalah bertujuan memberi nasihat dan 
tunjuk ajar dengan semata-mata mengharap keredhaan Allah. Tidak pernah 
terlintas di fikiran kita untuk menuduh dan meragui niat mereka, ataupun 
mengganggu seseorang ataupun hendak membuat jahat kepada seorang Muslim.

[Utz Mustafa Masyhur]