5. Merubah Realiti Dan Menghapuskan Kemungkaran:

Sesungguhnya rasa tanggungjawab untuk merubah realiti masyarakat yang 
buruk dan hina serta berselaput dengan segala adat lapuk, pusaka usang 
jahiliah yang penuh kerosakan dan yang merosakkan, tidaklah bererti 
terpaksa dirubah serta merta dan memerangi secara langsung atau memasuki 
medan pertentangan. Ini akan melibatkan para pendukungnya jatuh di dalam 
satu pertarungan juz'iah yang mungkin memburukkan bentuk usaha dan amal 
Islami dan menjauhkan manusia dari para da'i malah membangunkan tembok 
penghalang di antara manusia dengan mereka tanpa menemani jalan 
kebenaran.

Janganlah disangka umpamanya dengan meruntuhkan tempat yang dianggap 
manusia sebagai tempat keramat dan sakti akan dapat menghalang orang 
awam membuat perkara yang bertentangan dengan syari'at Islam di sekitar 
tempat yang dianggap keramat itu. Ataupun menghalang mereka membangunkan 
semula bangunan keramat seperti itu di waktu akan datang. Janganlah kita 
menyangka bahawa dengan meruntuhkan kedai-kedai arak dan tempat-tempat 
hiburan akan menghapuskan mungkar dan maksiat dan akan membersihkan 
masyarakat daripadanya.

Di zaman mutakhir ini ada kejadian di mana ada segolongan manusia 
meruntuhkan beberapa bangunan hiburan dan kedai arak. Apakah yang 
terjadi sesudah itu? Para pendokong maksiat dan mungkar bersegera 
membangunkan semula bangunan-bangunan yang lebih hebat daripada yang 
lalu. Mereka berkata: "Mereka meruntuhkannya dan merobohkannya tetapi 
Allah memperkembangkannya dan memperbaikinya." Demikianlah pendukung 
maksiat dan mungkar dengan segala kesombongan dan keberanian mereka 
kepada Allah. Itulah yang dipropagandakan melalui suratkhabar.

Ini sebagai satu misal sahaja dan berapa banyak lagi contoh-contot yang 
lain dan Iehih bahaya dari itu yang mesti kita berwaspada daripadanya. 
Kerana sesungguhnya merubah mungkar dengan jalan dan cara seperti ini di 
dalam peringkat dakwah seperti sekarang ini, bukanlah cara yang sahih 
dan benar. Janganlah pula disangka bahawa dengan tidak berbuat demikian 
kita redha menerima realiti yang buruk dan merosakkan itu ataupun 
disangka bahawa kita telah mengakui kemungkaran. Tidak ada faedahnya 
kalau berusaha memperbaiki cabang-cabang padahal pokoknya telah rosak 
binasa.

Marilah layangkan pandangan kita kepada Rasulullah s.a.w di dalam 
peringkat dakwah baginda di Mekah. Tidak mampukah baginda menyuruh 
sebahagian sahabatnya supaya meruntuhkan berhala-berhala yang berdiri di 
sekitar Ka'abah di Masjidilharam itu dengan tujuan menghapuskan 
kemungkaran, ataupun membunuh seorang dari pemimpin kufur untuk 
melemahkan kekuatan dan kekuasaan mereka? Rasulullah s.a.w tidak pernah 
menyuruh berbuat demikian di dalam marhalah itu kerana tindakan juz'iah 
yang seperti ini akan menambahkan kemarahan para pendukung syirik dan 
penyembah berhala yang sememangnya telah marah kepada Ar-Rasul s.a.w dan 
para sahabat baginda. 

Sebagai tindakbalas, mereka nanti bersungguh-sungguh mencari orang-orang 
mukmin di segala tempat untuk bertindak lebih keras lagi ke atas mereka 
dan terus membunuh mereka seluruhnya. Sedangkan orang-orang mukmin pada 
waktu itu baru merupakan benih yang Iemah dan lembut. Kemudian para 
pendukung syirik dan berhala itu akan membangunkan semula berhala mereka 
di situ dan boleh jadi lebih baik lagi daripada yang telah diruntuhkan. 
Tetapi Rasulullah s.a.w menunggu waktu yang menasabah dan hari yang 
sesuai, baharulah segenap berhala itu diruntuhkan tanpa menerima 
tentangan dan akhirnya mereka tidak bangun lagi sesudah itu. 

Ini terjadi apabila tentera mujahidin dari Madinah datang menawan kota 
Mekah pusat kufur dan jahiliah di Tanah Arab itu. Setahun sebelum 
peristiwa besar itu berlaku, Rasulullah s.a.w. dan muslimin bertawaf di 
Baitullah padahal berhala itu masih berada di sekitar Ka'abah dan 
orang-orang kafir Quraisy berada di Iuar Mekah. Namun demikian 
Rasulullah s.a.w belum lagi menyuruh sahabat-sahabatnya meruntuhkan 
berhala-berhala itu. Mengapa? Kerana belum tiba masanya yang menasabah, 
tetapi kemudiannya berhala-berhala itu telah dimusnahkan apabila tiba 
waktu yang menasabah:

"Dan katakanlah: 'Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap. 
Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." 
[Al-Isra': 81]

Sepohon kayu yang besar dan keras batangnya, adalah bermula dari 
batangnya yang lembut dan beransur-ansur naik tinggi, kerana menurut 
hikmah yang dikehendaki Allah. Setiap kali ditiup angin kencang atau 
dipikul ribut taufan, dia melentok lembut dan condong bersama angin 
tetapi setelah ribut itu reda, dia akan tegak kembali. Waktu demi waktu 
dia beransur tumbuh dan membesar, akarnya terus menjalar di setiap 
penjuru, batangnya beransur besar dan keras sedikit demi sedikit dan 
condongnya pula berkurangan bersama tiupan angin sehingga tiba waktu 
sempurna kekuatan batangnya, kedalaman dan kejauhan jalaran akar umbinya 
dan mampu menghadapi angin dan ribut taufan. 

Di waktu itulah dia tidak akan patah dan tidak dapat dicabut oleh angin 
ribut. Cubalah kita fikirkan batang yang tinggi pada mulanya dan keras 
tentu mudah dipatahkan oleh angin ribut atau dicabut ribut. Demikianlah 
juga dakwah Islamiah di waktu tumboh dan berkembangnya di peringkat 
kelemahan dan sedikit bilangannya, adalah tidak menasabah baginya 
menghadapi musuhnya dengan kekuatan dan kekerasan, tetapi mestilah 
dihadapi dengan kesabaran, ketabahan, ketahanan, redha menerima segala 
derita hingga ia menjadi satu organisasi yang kuat.

Demikian pula sebaliknya adalah tidak benar kalau kita paksa pokok kayu 
yang telah keras batangnya untuk tunduk dan condong sebab yang demikian 
itu berbahaya kepadanya. Demikian juga halnya dengan harakah Islam, 
apabila ia telah kuat, tidaklah ia redha menerima taraf kedudukan yang 
lemah. Oleh kerana itu, di waktu itu telah turun firman Allah swt:

"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana 
sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar 
Maha Kuasa menolong mereka itu." [Al-Hajj: 39]

[Ustaz Mustafa Masyhur]