USUL KESEBELAS KESEMUA BIDAAH DI DALAM AGAMA ALLAH YANG TIADA ASALNYA - DIPERELOK2KAN OLEH MANUSIA DENGAN HAWA NAFSU MEREKA, SAMA ADA MENAMBAH2 PADANYA (AGAMA) ATAU MENGURANG2 DARIPADANYA - ADALAH SESAT, WAJIB DIPERANGI DAN DIHAPUSKAN DENGAN CARA2 YANG PALING BAIK YANG TIADA MEMBAWA KEPADA KEBURUKAN (AKIBAT CARA PENGHAPUSAN ITU). Di dalam usul ini Imam As-syahid telah menekankan kemestian beriltizam dengan kitab Allah dan sunnah RasulNya, dan melaksanakan apa yang ditetapkan oleh Allah tanpa menambah atau mengurangkan. Oleh itu sayugia ke atas kesemua muslimin menjauhi kesemua bidaah di dalam agama bahkan menghapuskannya dengan cara yang paling baik. Sesungguhnya telah tersebar luar bidaah dholalah pada zaman Al-Imam As-Syahid maka bidaah tersebut telah melemahkan dan melesukan umat dengan hebat. Ada sesetengah manusia yang telah menentang bidaah tetapi dengan cara yang keras dan tanpa uslub yang baik lalu bertambah runcing keadaan dan juga perpecahan. Maka bangunlah Al-Imam menyeru manusia kepada sumber asal yang bersih iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya, untuk mengingatkan mereka tentang bidaah dan mengingkarinya dengan cara paling baik dan uslub yang menjadi contoh, maka Allah telah memberikan manfaatNya untuk itu. Adalah elok bagi kita untuk mengetahui apakah itu bidaah? apakah pendirian Islam terhadapnya? supaya kita memahami usul dan sumber yang telah dijadikan dasar oleh Al-Imam. * TAKRIF BIDAAH Bidaah segi lughah : mereka/membuat sesuatu yang tiada contoh terdahulu (precedent) segi syarak: jalan/cara di dalam agama yang direka sehingga menyamakannya dengan syariat dengan maksud mengikutinya (beramal) untuk berlebih2 di dalam beribadah kepada Allah. (Imam Syatibi , kitab Al-I'tisam) * KECELAAN BIDAAH Sesungguhnya telah banyak dalil2 Al-Quran dan Sunnah dan kata2 ulama tentang kecelaan bidaah. Firman Allah swt, "Sesungguhnya orang2 yang mencerai beraikan agama mereka dan mereka menjadi berpuak2, tidaklah engkau terkait sedikitpun dalam perbuatan mereka..." al-anaam 159 Ulama mentafsirkan orang2 di sini sebagai ahli bidaah Sabda Rasulullah s.a.w, "Barangsiapa yang mengada2kan sesuatu yang baru di dalam urusan kami (agama) yang tiada asal padanya maka ianya (yang baru) tertolak" "Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang tiada asal padanya di dalam urusan kami (agama) maka ianya tertolak" kedua2nya HR Muslim Sabda Rasulullah s.a.w ketika khutbahnya, "Maka sesungguhnya sebaik2 hadis (perkataan) adalah kitab Allah, dan sebaik2 petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w dan seburuk2 perkara adalah yang baru dan kesemua bidaah adalah sesat" * BIDAAH DENGAN CARA MENAMBAHKAN DAN MENGURANGKAN Sesungguhnya bidaah di dalam agama Allah adalah tercela sama ada dengan penambahan atau pengurangan kerana jika menambah seolah2 menuduh orang yang mengikuti syariat serta syariat itu sendiri adalah lemah dan tidak sempurna. Adapun jika mengurangkan seolah2 telah kufur dengan sebahagian syariat dan menurutinya boleh membawa kepada kemusnahan. DIANTARA CONTOH2 PENAMBAHAN Menyambut maulid, membina tugu, melakukan tawaf keliling tugu, rahbaniah. DIANTARA CONTOH2 PENGURANGAN Meninggalkan jihad, meninggalkan hukum yang diturunkan oleh Allah. * MENGINGKARI BIDAAH DI DALAM AGAMA DAN BUKAN BIDAAH DUNIAWI Sesungguhnya Al-Imam telah bersungguh2 mengingkari bidaah dan menyeru kepada penghapusannya dengan dua ketetapan. 1. adalah bidaah itu di dalam urusan agama 2. bidaah itu tiada asalnya di dalam syariat ini adalah kerana umat Islam dituntut untuk mereka dan membuat perkara baru di dalam urusan dunia dalam banyak bidang - industri, pertanian, perubatan - untuk memenuhi hajat mereka, menguatkan diri mereka dan menjadikan mereka mampu untuk mendirikan yang wajib iaitu menjadi khalifah di muka bumi dan mengimarahkannya. dengan ini Rasulullah s.a.w bersabda "kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu" (HR Muslim) Al-Imam telah menggesa agar saudara2nya untuk mengambil apa2 yang baru yang bermanfaat di dalam urusan dunia seperti mana gesaannya di dalam usul ke-18. Al-Imam berharap agar muslimin berdiri di dalam ketetapan Allah dan mengarahkan kesemua fikiran dan tenaga mereka untuk membuat perkara2 baru di dalam urusan dunia supaya mereka menjadi mulia dan menguasai dunia sebagaimana orang2 Islam sebelum mereka. adapun bidaah yang mempunyai asal di dalam syarak maka sikapnya adalah lenient dan tarafnya juga adalah rendah, DAN IA ADALAH KHILAF FIQHIY. * PENGHAPUSAN BIDAAH DENGAN HIKMAH Sesungguhnya kewajipan kita terhadap bidaah adalah dua: 1. mengingkari, menentang, dan menghapuskannya 2. mengambil jalan2/ kaedah yang lebih baik yang tidak membawa kepada keburukan yang lebih dari bidaah itu sendiri. maka apa yang disuruh ialah kita mengingkarinya dengan cara yang paling sempurna dan ihsan dan tidak sah dari segi syarak untuk menghapuskan bidaah dengan cara yang mendatangkan keburukan lebih besar dari bidaah itu sendiri. Kata Ibnu Taimiyah, " jika bertembung diantara maslahat(kebaikan) dan mafasid(keburukan), hasanat dan sayyiat, dan bercampur antaranya maka wajib untuk mentarjih (timbang/outweigh) yang lebih rajih darinya (apabila keadaan itu berlaku). caranya dengan al-amr dan an-nahyu jika ia menjamin kepada maslahat dan menghalang mafasid maka ini dilihat kepada orang yang ditentang. jika ia (penghapusan) menghilangkan maslahat atau mendatangkan mafasid yang lebih banyak, maka ia tidak disuruh bahkan ia menjadi haram jika mafasid lebih banyak dari maslahat" Kata Ibnu Al-Qayim rahimahullah, "menghilangkan kemungkaran adalah dengan empat tingkatan, 1. menghapuskannya dan menggantikannya 2. mengurangkannya jika tidak mampu menghapuskannya keseluruhan 3. menggantikannya dengan sesuatu yang sama 4. menggantikannya dengan sesuatu yang lebih buruk darinya perkara 1 dan 2 adalah digalakkan oleh syarak, yang ke-3 adalah perkara ijtihadi, dan ke-4 adalah haram. dan aku pernah mendengar Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata, "aku (Ibnu Taimiyah) pernah berjalan bersama2 beberapa orang sahabatku pada zaman Tartar melewati suatu kaum yang meminum arak. Maka orang2 yang bersamaku telah mengingkari perbuatan mereka itu. Tetapi aku mengingkari perbuatan mereka (sahabat2ku) dan berkata kepada mereka, 'Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak kerana ia menghalang kepada mengingati Allah dan solat dan mereka itu (yang meminum arak) telah dihalangi kerana arak dari membunuh jiwa2, menculik zuriat (kanak2) dan mengambil harta2, maka tinggalkan mereka (di dalam perbuatan mereka)'