USUL KE-12

BIDAAH IDHAFIYAH , TARKIYYAH, DAN ILTIZAM DALAM IBADAH2 MUTLAK- ADALAH
KHILAF FIQHIY. PADA SETIAP SATUNYA ADA PENDAPATNYA. DAN TIDAK MENGAPA
MENGKAJI HAKIKATNYA DENGAN DALIL DAN PETUNJUK.

Sesungguhnya bidaah mempunyai jenis2 dan darjat2nya. Imam As-Syahid telah
pun menyatakan di dalam usul yang sebelumnya tentang jenis bidaah yang
paling bahaya dan paling rendah darjatnya. Dalam usul ini Al-Imam akan
menyatakan pula tentang jenis2 yang lain yang agak nyata keadaannya dan
telah menyebabkan ramai manusia berada di dalam perkara ketidaktentuan,
bahaya, perpecahan dan keburukan. Maka perkara ini memerlukan kepada
penentuan dan penetapan yang sempurna dan atas dasar itulah Al-Imam telah
menetapkan usul ini.

* PEMBAHAGIAN BIDAAH

Ulama telah membahagikan bidaah kepada beberapa bahagian dan seelok2nya
kita mengetahuinya.

1. BIDAAH HAKIKIAH

Adalah bidaah yang TIADA DALIL syarie baik dari Kitab Allah, sunnah, ijmak
dan tidak juga berdalil dari ahli ilmu baik secara umum atau secara detail.
Inilah jenis bidaah yang telah dibincangkan di dalam usul yang lalu.

2. BIDAAH IDHAFIYYAH (YANG DITAMBAH)

Adalah bidaah yang mempunyai dua perkara;

i) ia mempunyai dalil yang berkaitan dan tidak dikira dari perkara ini
sebagai bidaah

ii) tidak mempunyai dalil yang berkaitan

Maka apabila sesuatu amalan itu mempunyai dua perkara ini yang tidak dapat
dikelaskan kepada mana2 dua perkara di atas, maka kita meletakkan ia
sebagai BIDAAH IDHAFIYYAH, iaitu jika dinisbahkan kepada yang pertama ia
dikira sebagai SUNNAH kerana ia disandarkan kepada dalil. Jika ia
dinisbahkan kepada yang kedua ia dikira BIDAAH kerana disandarkan kepada
SYUBHAH dan bukannya dalil atau tiada sandaran pun.

Bidaah Idhafiyyah ini mempunyai dua ketentuan;

i) hampir kepada hakikat bidaah sekira2 bidaah itu dianggap bidaah hakikat

ii) jauh daripada hakikat bidaah sekira2 bidaah itu dianggap sunnah yang
tulen 
(kitab al-i'tisam)

Adalah mungkin untuk kita mengatakan, bahawa bidaah idhafiyyah ini ia
MEMPUNYAI ASAL dalam syarak atau SUNNAH atau MUSTAHABBAH asalnya, kemudian
dikaji semula, lalu disifatkan di dalam ruang lingkup ketetapan syarak.

3) BIDAAH TARKIYYAH (YANG DITINGGAL)

Ini adalah sikap seseorang yang meninggalkan sesuatu yang dihalalkan oleh
syarak kerana warak (tadayyun), seolah2 ia mengharamkan sesuatu perkara
yang halal. Atau ia memang bermaksud meninggalkannya dan sayugialah ia
mengetahui bahawa yang ditinggalkan itu mempunyai beberapa jenis dan
darjat. (al-i'tisam)

* PERBEZAAN DARJAT2 AHLI BIDAAH

Adalah perlu untuk kita nyatakan di sini bahawa ahli bidaah itu tidak
mempunyai satu darjat sahaja. Sesungguhnya ulama telah menyatakan bahawa
ahli bidaah mempunyai perbezaan hukum2nya dan taraf2nya. Ada diantaranya
KUFUR, ada yang menganggap MAKSIAT dan bukan kufur atau khilaf keduanya,
ada yang menganggap maksiat dan ittifaq ke atasnya bukan kufur, ada yang
menganggap sebagai MAKRUH, ada yang menganggap DOSA BESAR dan ada juga
mengganggap DOSA KECIL.

4) BERILTIZAM DI DALAM IBADAH YANG MUTLAK.

Telah banyak hukum2 sunat yang dinyatakan untuk ibadah2 seperti puasa,
solat sunat dan qiam, zikir dan tilawah al-Quran. Maka apakah hukum
seseorang yang mengenakan ke atasnya sesuatu kadar tertentu dan waktu2
tertentu untuk beriltizam dengannya (ibadah2 tsb)?

PENDIRIAN IMAM AS-SYAHID (DI ATAS PERKARA INI)

Al-Imam telah melihat kepada pandangan2 ulama yang rasikh maka didapati
mereka telah mengkelaskan bidaah kepada BIDAAH IDHAFIYYAH, BIDAAH TARKIYYAH
DAN BIDAAH BERILTIZAM DENGAN IBADAH2 MUTLAK, lalu Al-Imam menyatakan ini
adalah termasuk di dalam MASALAH IJTIHADIAH, yang rajih dan dirajihkan yang
mana Al-Imam menasihati supaya tidak berlebih2 dan tidak juga menolak,
tidak meninggalkan langsung, tidak berbalah2 (padanya) atau bergaduh
(kerananya). 

Tetapi ia menyeru kepada perbincangan di bawah NAUNGAN UKHUWWAH DAN
MAHABBAH FILLAH kerana di sana tiada kata pemutus dan penentu.

Maka Al-Imam telah menetapkan bahawa kesemua jenis bidaah yang disebutkan
tadi (3 jenis bidaah di atas) adalah KHILAF FIQHIY, supaya menjadi lembut
sekalian hati, boleh bersatu di dalam satu saf serta berkumpul di dalam
wasatiah dan 'moderation' dengan memberikan setiap perkara besar kecilnya
dengan adil dan tanpa berlebih2 mahupun mengurang2. 

Untuk itu juga, Al-Imam telah menjelaskan bahawa tiada halangan untuk
berbincang di dalam masalah itu tadi dengan dalil dan petunjuk dibawah
naungan mahabbah dan ukhuwwah.

Adapun pendirian amalinya, Al-Imam rahimahullah telah menggesa supaya tetap
di dalam amalan yang jelas, bersih dan bersumberkan sunnah dan menjauhi
segala yang ada padanya khilaf. Ini jelas terpancar bila mana Al-Imam telah
mengumpulkan AL-MA'THURAT (doa2 ma'thur dari Rasulullah s.a.w)

CONTOH2 BIDAAH IDHAFIYYAH

i) bersolawat  ke atas Rasulullah s.a.w dengan suara lantang , selepas azan

ii) membaca surah al-Kahfi beramai2 pada hari Jumaat dengan suara lantang,
sebelum solat Jumaat seolah2 ianya adalah syiar solat tsb.

iii) berdoa (berwirid) beramai2 setelah selesai solat jamaah

CONTOH2 BIDAAH TARKIYYAH

i) meninggalkan perkahwinan kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah
dengan memperbanyakkan beribadah

ii) meninggalkan memakan burung merpati kerana menghormatinya

CONTOH2 BERILTIZAM DENGAN IBADAH MUTLAK

i) iltizam membaca surah al-Ikhlas sebanyak seratus kali pada waktu pagi

ii) iltizam membaca al-Fatihah sepuluh kali selepas setiap solat.

[Risalah Ta'alim]