Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah. Para Da'i dan Uslub (Cara): Untuk merealisasikan cita-cita dalam memperkenalkan dasar dan memperkembangkan da'wah, para da'i, sahibud-da'wah mestilah mempunyai sifat-sifat asasi dan mereka mesti beriltizam dengan satu uslub yg sahih dan benar di dalam urusan da'wah mereka. Satu dari sifat yg utama dan paling penting kepada pendukung da'wah ialah dia mesti menjadi contoh dan teladan yg baik bagi Islam yg diserukannya. Dia mesti menunaikan segala rukun Islam mengikuti Sunnah dan cara hidup Rasulullah s.a.w, menjauhi segala perkara yg syubahat atau yg samar-samar, menjauhi segala yg haram, sentiasa mengingati Allah di segala perkara yg kecil dan besar. Di dalam Rumahtangganya, ahlinya mestilah beriltizam dgn segala ajaran Islam dan menjaga adab-adabnya. Sesungguhnya keikhlasan pendukung da'wah dan kebulatan hatinya kerana Allah dan bagi da'wah Allah merupakan satu faktur yg sangat penting. Supaya da'wah nya berjaya menembusi dan menawan hati orang-orang yg diseru lantas mereka dgn senang hati menyambut baik seruan itu. Mereka akan terpesona dgn seruannya jika dilakukan dgn penuh keikhlasan dan tidak dicampur-baurkan dgn tujuan lain atau disadur dgn kepentingan duniawi. **Dia bercakap untuk da'wah, bergerak untuk da'wah, berjalan kerana da'wah, jadi dia adalah untuk da'wah, kerana da'wah dan bersama dengan da'wah.** Muslim yg mendukung da'wah pertama-tamanya dia mestilah mempunyai pembacaan yg luas, mengikuti segala peristiwa, segala pergolakan, mengikuti segala perkembangan suasana dan situasi mesti mengetahui berbagai-bagai mazhab dan aliran fikrah semasa. Kelak mereka mampu mengemukakan da'wah Islam itu dgn uslub yg baik dgn cara yg menarik dan nenawan hati. Pandai menawan hati manusia dan tidak menyebabkan orang semakin liar. Lantas dia dapat mengemukakan Islam dengan cara yg sebaik-baiknya di tengah ombak dan gelombang kesesatan yg menyesatkan dari segala penjuru dunia. Dia mesti menerangkan Islam dgn jelas dan mudah difahami dan tidak menimbulkan kekusutan. Dia membaiki suasana dan tidak memburukkannya, kerana berapa ramai orang yg mengaku sebagai penda'wah yg telah merosakkan Islam dengan keburukan cara berda'wah dalam Islam dan mendatangkan keburukan kpd Islam dengan sangkaan bahawa mereka telah berbuat baik. "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yg baik dan bantahlah mereka dengan cara yg baik" [An Nahl: 125] [Utz Mustafa Masyhur]