Assalammualaikum... Setiap Muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furuk hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang diserta dengan dalil, ketika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu kepadanya. Dia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada pada dirinya sekiranya dia di kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepada peringkat Al-Nazar (ijtihad hukum). RiSaLaH Taalim