Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Saya mestilah tahu sejauh mana ertinya saya menggabungkan diri ke dalam 
gerakan Islam:-

Penggabungan diri ke dalam gerakan Islam bukanlah hanya setakat 
mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli dan mendaftarkan nama sahaja. 
Bukan hanya setakat berulang alik ke markas dan kelab-kelab gerakan 
Islam untuk menghadiri perhimpunan saja, malah penggabungan ini mestilah 
membawa pengertian yg lebih jauh, melewati batas formal dan 
penilaian-penilaian lahiriah yg dapat membuktikan kedalaman aqidah dan 
kekuatan hubungan pemikiran dan tanzim.

Penggabungan (intima') aqidah.

Perkara pertama yg mesti kita ketahui apabila kita menggabungkan diri ke 
dalam gerakan Islam ialah sejauh mana kita melarutkan aqidah gerakan 
Islam itu ke dalam diri kita, kerana gerakan Islam menolak intima' 
(penggabungan) yg dilakukan pada zahirnya sahaja, sebagaimana yg berlaku 
dlm pertubuhan-pertubuhan yg hanya mementingkan soal-soal struktur 
kepimpinan sahaja, yg mana keadaan ini telah menjadi kuman yg telah 
menyebabkan kehancuran pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Oleh itu (penggabungan) diri ke dalam gerakan Islam pertamanya adalah 
membawa erti penggabungan diri dan menganuti agama Islam itu sendiri. 
Keadaan ini seterusnya menuntut supaya seluruh perintah Allah ditaati di 
samping mengharapkan keredaanNya. Ini akan dapat mengelakkan 
penggabungan diri ke dalam gerakan Islamiah itu dari terjejas oleh 
kematian seseorang atau kehilangan mereka dari medan da'wah kerana 
sesuatu sebab, kerana intima' ke dalam gerakan Islam akan menjadikan 
seseorang itu terikat dengan Allah, demikian juga perhimpunan anggota 
gerakan Islam turut terikat dengan Allah. Inilah yg menjadi rahsia di 
sebalik kekal dan berterusannya gerakan da'wah Islamiah.

Gerakan Islam juga menolak intima' (penggabungan) diri yg dibuat secara 
melulu yg didorong oleh semangat, kerana Islam adalah cara hidup yg 
tegak di atas dasar kefahaman yg tertentu tentang alam insan dan 
kehidupan, juga kerana beramal untuk Islam adalah bermatlamatkan untuk 
melaksanakan method hidup yg dikehendaki oleh Islam dalam masyarakat, 
pelaksanaan yg lahir dari kefahaman, ketelitian dan secara objektif.

Oleh itu kesedaran yg bersifat keakidahan, kesedaran yg bersifat haraki 
dan iltizam yg bersifat ilmi adalah menjadi syarat bagi penggabungan 
diri ke dalam gerakan Islam. Syarat ini mestilah larut dalam diri 
seseorang. Malah keteguhan pendirian seseorang dalam da'wah, keteguhan 
seseorang dalam melakukan kerja-kerja da'wah juga untuk menjamin beliau 
kekal terus dalam satu arus gerakan Islam dan dapat mencapai 
penghasilannya adalah mewajibkan wujudnya kefahaman yg betul dan 
kesedaran yg waras terhadap pengertian penggabungan diri ke dalam 
gerakan Islam.

Kebanyakan mereka yg kandas di pertengahan jalan da'wah atau siang-siang 
lagi telah meninggalkan jalan ini ialah mereka yg menggabungkan diri ke 
dalam gerakan Islam secara melulu dan bertindak didorong oleh semangat 
kerana tekanan keadaan-keadaan tertentu, sedangkan mereka tidak memahami 
apakah ertinya mereka menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam. 

Penggabungan (intima') masa depan.

Satu perkara lagi yg semestinya wujud dalam penggabungan diri seseorang 
ke dalam gerakan Islam ialah penggabungan masa depannya ke dalam gerakan 
atau dalam kata lain, penggabungan masa depannya dgn masa depan gerakan. 
Ini membawa erti bahawa seseorang yg menggabungkan diri ke dalam gerakan 
Islam mestilah mengikat masa depannya dengan masa depan jamaah walau 
apapun keadaan yg akan berlaku.

Penggabungan tersebut mestilah tidak terikat dengan satu jangka waktu yg 
tertentu dan akan berakhir apabila jangka waktu itu telah tamat. 
Penggabungan itu juga tidak seharusnya terikat dengan satu keadaan 
tertentu dan akan berakhir dengan berakhirnya keadaan-keadaan tertentu 
itu.

Penggabungan diri ke dalam gerakan Islam mestilah tidak terbatas dalam 
masa muda dan sebelum berumahtangga dan menarik diri setelah menjangkau 
peringkat dewasa dan berRumahtangga.

Penggabungan diri ke dalam gerakan Islam mestilah tidak dibataskan oleh 
keadaan kemiskinan dan kesusahan dan akan menghilangkan diri setelah 
kaya dan senang.  Penggabungan diri tidak hanya terbatas dalam keadaan 
tenang dan damai tetapi cabut lari sewaktu ditimpa dugaan dan bala.

[Utz Fathi Yakan]