Generasi  pemuda  Islam  masa ini dituntut melaksanakan tanggungjawab 
yang berat, iaitu untuk membangunkan semula masyarakat Islam, hingga 
terlepas masyarakat Islam khasnya, dan umat manusia amnya dari rangkuman 
kebendaan, kefahaman kebendaan yang sampai membawa ke arah kesesatan. 
Dengan tersingkapnya fahaman-fahaman kebendaan ini, maka dapatlah pula 
kiranya diganti dengan kebenaran, cahaya keesaan dan keimanan, serta 
terlaksananya syariat Islam.
     
Semua hasrat-hasrat ini tidak tercapai dengan mudah. Untuk berjaya dan 
mencapai apa yang diseratkan ini, para pemuda mesti berazam dan berusaha 
menyampai dan memberi faham kepada manusia tentang hakikat agama ini, 
tentang penentuan-penentuannya, hinggalah umat Islam semuanya yakin 
dengan Islam yang dianuti ini, yakin dengan perlembagaan Islam dan 
perundangannya. Islam perlu disampaikan di dalam suatu wadah yang baru. 
Islam perlu diberi suatu usaha pernafasan yang baru. Dengan daya usaha 
inilah sahaja dunia akan kembali menjadi aman makmur. Bila mana manusia  
kembali  mendapat  pancaran  cahaya keimanan, risalah Islam menjadi 
risalah unggul di permukaan alam, maka alam semesta kembali menjadi aman 
damai, indah dan permai. Semuanya ini berlaku dengan kehendak Allah yang 
Mulia.

[Peranan Pemuda Di Dalam Menyampaikan Risalah Islam - Abdullah Naseh  
`Ulwan]