Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Tujuan Dan Matlamat

Berhubung dengan tujuan dan matlamat yang telah ditetapkan oleh Imam 
al-Banna, beliau menyatakan:

Tugas penting kita ialah memimpin dunia, dan membimbing seluruh insan ke 
arah sistem Islam dan ajarannya yang terbaik itu. Tidak ada sistem dan 
ajaran, yang lain dari Islam yang dapat memberikan kebahagiaan kepada 
manusia. Dalam bidang-bidang yang lain, beliau menyatakan:

Hendaklah sentiasa diingat, kamu mempunyai dua tujuan asasi, iaitu:

1. Membebaskan tanah air Islam dari setiap kuasa asing. Perkara tersebut 
adalah perkara tabiie setiap insan. Hanya orang yang zalim, jahat atau 
berkuku besi sahajalah yang menolaknya.

2. Di tanah air yang merdeka ini, hendaklah ditegakkan Empayar Islam 
yang merdeka, yang mengamalkan hukum-hukum Islam dan melaksanakan sistem 
kemasyarakatannya. Ia juga hendaklah mengisytiharkan prinsip-prinsip 
Islam yang luhur, dan menyampaikan dakwahnya yang penuh hikmah kepada 
seluruh manusia.

Selagi daulah (empayar) ini tidak tertegak, bererti seluruh kaum 
Muslimin adalah berdosa. Mereka akan ditanya di hadapan Allah yang Maha 
Tinggi dan Agung, tentang kecuaian dan ketidak-berusahaan mereka 
menegakkan serta mengadakan daulah tersebut. 

[Utz Mustafa Masyhur]