Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah. Ikhwan dan Pimpinan Mereka. * Mereka sentiasa berada di jalan. . . dengan amanah dan kesetiaan? Adakah Ikhwan dan pimpinannya telah melalui jalan yang lain dari jalan ini? Ataukah mereka sudah menyingkatkan marhalah-marhalah jalan tersebut? Ataukah mereka sudah mencuaikan sesuatu dari marhalah tersebut? Ataukah mereka sudah berhenti dari berjihad? Ataukah yang lain dari itu? ----- Inilah dia manhaj dan program-program mereka. Ia menguatkan lagi perjalanan ini dengan semua tujuan, marhalah dan wasilah. Mereka beriltizam dengan jalan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam yang telah kita tunjukkan dahulu iaitu dengan kekuatkan akidah, kekuatan kesatuan dan kekuatan tenaga serta senjata bila tidak ada jalan lain lagi. Bila mereka benar-benar telah beriltizam dengan kefahaman, gerakan, tujuan, marhalah dan wasilah, maka dimanakah lagi berlakunya penyelewengan dari jalan yang dilalui oleh Imam al-Banna? Wallahu a'lam, namun begitu, jelas adanya orang-orang yang ingin menanamkan kesangsian dalam Jemaah Ikhwan seluruhnya. Mereka melakukan begitu kerana kepentingan peribadi mereka. Namun begitu mereka malu untuk menanamkan keraguan dalam perjalanan yang dilalui oleh al-Banna. Tujuan mereka ialah supaya niat buruk mereka tidak terbongkar. Selanjutnya, mereka lalu mengatakan: Ikhwan hari ini sudah menyeleweng dari jalan yang dilalui oleh Hassan alBanna. Yang peliknya, kita mendengar perkara yang bertentangan, iaitu orang yang menuduh Ikhwan jumud serta tidak berkembang, tetapi mereka sendiri ingin mewajibkan orang yang bersama mereka, agar mengikut flkrah serta tasawwur Hassan al-Banna yang sudah berlalu lebih empat puluh tahun itu. Ini juga merupakan tuduhan yang batil. Kami beriltizam dengan dasar-dasar serta garis-garis umum yang menjadi dasar Islam, dan yang telah dilalui oleh Rasulullah (s.a.w). Mengenai dengan ijtihad dalam wasilah-wasilah bagi melaksanakan matlamat dan tujuan dasar, ia tidaklah menjadi halangan. Bahkan kita mesti memperkembangkan wasilah-wasilah kita dalam lingkungan sempadan-sempadan Islam dengan menggunakan setiap perkara baru dan moden. Di bidang harakah juga sama dengan bidang faham, beberapa kaul atau tindak tanduk yang bercanggah dengan setengah perjalanan pertama dahulu, telah terbit daripada sebahagian anggota Ikhwan. Contohnya ialah menekankan sudut politik lebih daripada sudut tarbiah, takween atau sebagainya. Itu tidaklah bererti seluruh Jemaah Ikhwan telah menyeleweng dari jalan yang pertama dahulu. [Utz Mustafa Masyhur]