Rasulullah SAW, memulakan dakwah baginda dengan memperbetulkan aliran
yang meghasilkan natijah-natijah dalam hidup. Yang dimaksudkan dengan
aliran di sini ialah jiwa manusia itu sendiri yang cukup 'complicated'
(rumit). Baginda Rasulullah SAW TIDAK memulakannya melalui bidang
politik, ekonomi, kemasyarakatan atau undang-undang, walaupun melalui
bidang ini akan memudahkan baginda mendapatkan sokongan dalam masyarakat
Arab dan pembesar mereka sendiri, berdasarkan kewibawaan baginda dan
berdasarkan  tawaran pemimpin Quraisy 'Utbah bin Rabi'ah dengan
tawarannya, "Kalau engkau mahu kepimpinan kami akan melantik kamu
sebagai pemimpin kami  selama-lamanya."

Rasulullah SAW tidak memulakan DAKWAH ISLAH baginda melalui aliran aliran
tadi, malah baginda memulakan dengan penekanan dasar iaitu 'PEMBANGUNAN
AQIDAH TAUHID ULUHIYATILLAH' semata-mata  yang  berpunca dalam hati dan jiwa
seseorang  adalah suatu perencanaan dari Allah SWT yang mesti dilakukan
oleh baginda.

Inilah 'manhaj' yang harus kita mulakan iaitu mengikut jejak langkah
Pendakwah Pertama kita, Rasulullah SAW dalam memperbetulkan keadaan umat
manusia.

(source:Sukatan Tarbiyah Islamiyah Harakiyah; Al Syahid Syed Qutb, Fathy
Yakan & Dr Abdul Karim Zaidan)