Islah Rasulullah SAW bermula dengan Penekanan Dasar (PART 2) ------------------------------------------------------------- Dalam hal ini apa yang jelas kepada kita ialah bahawa Rasulullah SAW TIDAK memulakan dakwah baginda MELAINKAN dengan mengajak manusia mengikrar "KALIMAH TAUHID". Yakni menentukan Tasawwur,"LA ILAA HA IL LALLAH WA ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH' benar-benar difahami dan menjiwai hati setiap Muslimin. lni ialah kerana di atas keteguhan Aqidah tersebut akan terbina pula Syariah Islamiah dengan penuh tabah dan berani, tanpa apa jua halangan, rintangan dan tanpa terpikat dengan apa juga janji duniawi seperti harta kekayaan, pangkat dan kebesaran. Setelah Aqidah (LA ILAA HA ILA LALLAH) bertapak kuat di jiwa pengikut-pengikut Rasulullah SAW ketika itu, maka terlaksanalah pula IMAN kepada Islam sebagai satu sistem yang lengkap dalam semua bidang hidup dari KHALIQ. Sistem yang sekiranya manusia beriman dengannya maka akan mengiktirafkan kelemahan mereka dan mengambilnya sebagai satu sistem hidup mereka dan menolak sistem-sistem rekaan manusia kerana ia berpunca dari manusia yang bersifat lemah. Setelah terbentuk satu BARISAN SAHABAT RasuluLlah SAW, yang benar-benar mendukung tasawwur seruan yang dibawa oleh baginda maka gugurlah berbala-berhala yang berselerakan di sekeliling mereka dan lenyaplah segala macam adat jahiliah. Di atas keruntuhan tadi tertegak AQlDAH TAUHID bersama-sama dengan peraturan hidup baru yang serba lengkap lagi sempurna. (source:Sukatan Tarbiyah Islamiyah Harakiyah; Al Syahid Syed Qutb, Fathy Yakan & Dr Abdul Karim Zaidan)