Islah Rasulullah SAW bermula  dengan Penekanan Dasar (PART 3)
-------------------------------------------------------------

Jelaslah kepada kita bahawa apa yang dilakukan oleh junjungan besar kita
Rasulullah SAW dalam usaha memperbetulkan masyarakat manusia, di mana
Rasulullah SAW tidak memulakan dengan kerja-kerja meruntuhkan berhala
berhala dan adat-adat Jahiliah terlebih dahulu, malah langkah awal yang
dilakukan Muhammad SAW ialah membina  Aqidah dan KeIMANAN dalam INDIVIDU.
Baginda RasuluLlah SAW tidak juga memerintahkan sahabat-sababat baginda
menceburkan diri dalam arena POLITIK dan urusan-urusan pemerintahan,
SEBELUM jiwa dan hati benar-benar menghayati Aqidah dan keIMANAN
mentauhidkan Allah SWT dalam kehidupan mereka. Individu yang dibentuk
oleh wahyu Allah ini menerima apa yang diperkenankan oleh AQIDAH TAUHID
ALLAH semata-mata dan menolak apa juga yang tidak dipersetujui oleh
aqidah tadi.

Wajarlah hakikat ini tidak diabaikan oleh setiap pendakwah atau
dipermudahkan kerana dengan berbuat demikian akan membawa kepada bahaya
besar kepada dakwah kita dan pendakwah-pendakwah sendiri kerana ia akan
menghilangkan pedoman dan garis-garis dakwah.

Ketika itu kita akan menjadi pendakwah-pendakwah politik dan ingin
berkuasa semata-mata bukan sebagai 'Pendakwah Aqidah dan Islam'.
Sekiranya berlaku demikian maka tidak ubahlah kita sebagai pemuja politik
bukan 'Penegak Syariah'. Inilah punca kesalahan kita yang amat kita
takuti dalam usaha kita menuju matlamat ILAHI sebagai Ummah Muslimah,
bergerak dalam HARAKAH yang berfikrah Islamiyah.

(source:Sukatan Tarbiyah Islamiyah Harakiyah; Al Syahid Syed Qutb, Fathy
Yakan & Dr Abdul Karim Zaidan)