Islah Rasulullah SAW bermula dengan Penekanan Dasar (FINAL PART) ----------------------------------------------------------------- Fahamilah bahawa Rasulullah SAW bermula dengan pembentukan INDIVIDU Muslim di mana ia dibina di atas asas yang betul lagi kukuh, di atas AQIDAH TAUHID ALLAH SWT. Tetapi realiti sekarang kita dibina dan dibentuk di atas tiang-tiangnya sahaja maka berlakulah perlaksanaan satu bentuk kehidupan yang menerima DEENULLAH sebahagian dan menolak sebahagian. Ia tidak menerima Islam sebagai SATU NIZAM yang sempurna dan syumul sepertimana "AS HABIQU NAL AWWALLUN" yang sentiasa dilatih, ditarbiah, dibentuk untuk menimbang sesuatu dengan "MIZAN RABBANI" maka lahirlah corak hidup RABBANI iaitu dibentuk di atas rasa penuh tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hal ini Allamah Abu Al Hassan 'Ali Al Husni An Nadwi pernah berKata, "RUPA BANGSA MUSLIM ITU IALAH AQIDAHNYA" (source:Sukatan Tarbiyah Islamiyah Harakiyah; Al Syahid Syed Qutb, Fathy Yakan & Dr Abdul Karim Zaidan)