JIHAD ITULAH JALAN... (part 5) 

JIHAD DALAM KAMI.. IALAH SYIAR DAKWAH.

Dalam dakwah Ikhwan, bidang jihad diberikan perhatian yang secukupnya 
oleh al-Banna. Kita dapat merasakan perhatian serius yang diberikannya 
itu dalam berbagai bentuk. Bukti yang menguatkan bahawa jihad adalah 
satu-satunya jalan ialah seruan yang dilaungkan oleh Ikhwan, iaitu:

'Allah matlamat kami, 
Rasul pemimpin kami, 
Al-Qur'an perlembagaan kami, 
Jihad jalan kami, 
dan mati di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi.'

Kemudian kita dapati, lambang Ikhwan ialah dua bilah pedang di samping 
Al-Qur'an. Kedua-dua bilah pedang itu menandakan jihad dan kekuatan yang 
menjaga kebenaran yang terbentuk dalam Al-Qur'an.

Setelah itu kita dapati al-Banna menyebut dakwah Ikhwan sebagai "Seruan 
kebenaran, kekuatan dan kebebasan." Ini menguatkan lagi betapa 
pentingnya kekuatan di samping kebenaran. Selanjutnya, kita dapati 
beliau menjadikan jihad sebagai salah satu dari rakun bai'ah yang 
sepuluh. Manakala "berkorban" pula mehjadi satu rukun yang lain. 
Seterusnya, kita dapati beliau telah mengkhususkan jihad dalam salah 
satu dari risalah yang ditulisnya. Dalam ucapan-ucapannya beliau 
sentiasa menggesa supaya berjihad. Beliau sentiasa menarik perhatian 
orang ramai supaya mencintai syahid. Selanjutnya pula beliau menjalin 
ikatan antara Ikhwan dengan Jemaah pertama yang bersama dengan 
Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, dan juga dengan contoh terbaik 
yang mereka tunjukkan dalam bidang berjihad dengan nyawa dan harta.


KENYATAAN MEMBUKTIKAN PENGALAMAN.. DAN JIHAD YANG BERTERUSAN.

Imam al-Banna bukannya setakat menyuruh berjihad dengan kata-kata dan 
penulisan sahaja. Sebaliknya bila tiba sahaja peluang untuk berjihad di 
Palestin, beliau pun segera merebut peluang tersebut. Ikhwanul Muslimin 
telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam jihad tersebut. Kalaulah 
tidak ada tipu muslihat, pakatan jahat dan masalah pengkhianatan 
daripada pemerintah-pemerintah negara Islam masa itu sudah tentulah 
keadaan berubah.

Selain daripada riadah tubah badan, antara kegiatan Ikhwan ialah membuat 
ekspedisi dan latihan-latihan pengakap. Semasa Imam al-Banna bersama 
kami dahulu, kami sering melihatnya memakai pakaian track suit 
ekspedisi. Beliau telah menyertai kami dalam latihan-latihan tersebut.

Pembunuhan al-Banna adalah merupakan sebahagian daripada rancangan 
jahat. Ikhwanul Muslimin telah menyambung lagi perjalanan mereka di 
jalan jihad di kawasan tebing terusan Suez bagi menentang Inggeris pada 
awal-awal tahun lima puluhan dahulu. Begitu juga Ikhwan telah meneruskan 
jihad mereka menentang Yahudi di daerah-daerah Islam yang lain selain 
dari Mesir, iaitu setelah dakwah dikurung dalam penjara semasa zaman 
Jamal Abdul Nasir. Kita lihat Ikhwan bergabung dengan rakan-rakan mereka 
yang berjihad di Afghanistan, sama seperti mereka berjihad di Syria bagi 
menentang peraturan kafir yang zalim.

ADAKAH IKHWAN SUDAH SERIK MENGHADAPI MEHNAH? LALU MEREKA MELETAK SENJATA 
DAN MENINGGALKAN JIHAD!

Begitulah, kita lihat Ikhwan tidak pernah mengubah, menukar dan 
memutuskan perkara yang mereka lakukan di masa kini atau di masa lalu. 
Mereka juga tidak akan memutuskan hubungan dasar masa akan datang dengan 
masa kini, dan masa yang lalu. Mereka tetap mewariskan dakwah yang 
syumul dan bersih kepada generasi-generasi akan datang. Mereka 
mewariskan kepada generasi tersebut roh jihad dan cintakan syahid serta 
berkorban agar tercapai pertolongan Allah, dan kalimah Allah yang 
menjadi paling tinggi sekali.

TIDAK.. BAGI MEREKA, MEHNAH MENGGILAPKAN LAGI PENGALAMAN. IA MENAMBAHKAN 
KEIMANAN DAN MENGUATKAN KEAZAMAN UNTUK TERUS MARA.

Ikhwan tidak pernah serik dengan mehnah. Mereka tidak akan meletakkan 
senjata ataupun meninggalkan jihad. Sebaliknya bagi mereka mehnah itu 
akan menggilapkan dan menambahkan keimanan mereka. Mereka akan terus 
bekerja untuk memenangkan agama mereka tanpa mengenal letih, lemah atau 
rendah diri kerana ditimpa mehnah semasa berada di jalan Allah.

JIHAD ITULAH JALAN... oleh Utz Mustafa Masyhur.