Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

4. Individu Muslim Yang Kita Kehendaki:

Berbicara tentang memperbaiki diri, kita perlu mengemukakan contoh yang 
selamat dan sejahtera bagi individu Muslim dan berbagai-bagai jurusan 
yang menyempurnakan peribadi Islamnya. Kemudian kita sentuh 
berbagai-bagai wasilah dan cara yang mungkin yang dapat mengubah realiti 
yang rendah dan yang sedang berkuasa kepada satu bentuk gambaran yang 
bersinar cemerlang bagi seorang Muslim, laki-laki aqidah, oleh kerana 
urusan itu bukan perkara kecil yang mudah dihuraikan dalam satu makalah 
atau dua makalah. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut perlulah kita 
merujuk kepada kitab-kitab, risalah-risalah dan majalah-majalah yang 
telah menghuraikan jurusan itu dan mengkajinya.

Kita menghendaki individu Muslim, Pendukung Aqidah yang selamat 
sejahtera dan murni dari segala campuran, Pendukung Ibadah yang Sahih 
lahir dan batin, yang mempunyai Akhlaq yang teguh yang diambil dari 
Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w, yang mempunyai pendidikan dan 
pemikiran yang sesuai dengan pimpinan amal Islami, yang mempunyai tubuh 
yang kuat yang mampu memikul berbagai-bagai tugas, amal dan jihad. Kita 
menghendaki Muslim yang bermujahadah dengan dirinya dan memerangi 
nafsunya, yang berguna kepada orang lain, yang menjaga waktunya, yang 
mampu mengatur segala urusannya dan yang mampu berusaha dan berdikari.

Inilah sebahagian dari tanda-tanda contoh yang kita kehendaki dan inilah 
jurusan memperbaiki diri yang kita kehendaki dan kita akan menyentuhnya 
serba ringkas. (InsyaAllah)

[Utz Mustafa Masyhur]