Media massa sama ada yang dibaca, didengar ataupun dilihat hanya menyiarkan dalam program-program agamanya masalah-masalah yang umum, pengetahuan Islam tradisional dan penjelasan secara umum bagi tafsiran al-Qur'an ataupun penerangan umum tentang hadith-hadith Nabi. Ia tidak menyentuh perkara asasi tentang melaksanakan hukuman yang lain daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah secara dari dekat ataupun dari jauh. Mereka mengabaikan masalah terbantutnya pelaksanaan undang-undang syariah dan ia ditukarkan dengan undang-undang ciptaan manusia. Sedangkan media massa ini adalah jalan untuk mendapatkan pengetahuan. Apabila ia mengabaikan untuk menjelaskan kepada para pendengar dan penonton tentang jauhnya sudut perlaksanaan syariah Islam dan pencerobohan terhadap hukum-hukumnya, alangkah jauh dan susahnya manusia untuk mengetahui hakikat ini dan pelbagai bala yang akan menimpa mereka. Dengan ini mereka terus berada di dalam keadaan buta agama. [HALANGAN-HALANGAN PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM oleh Prof. Manna' Khalil al-Qaththan; Maktabah al-Qardhawi 1998]