Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah. JIHAD BUKANNYA SETAKAT UNTUK MENANGKIS SERANGAN SAHAJA.. TETAPI JUGA UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM. Haruslah juga disedari bahawa jihad dan persiapannya bukanlah semata-mata untuk menangkis serangan serta penyiksaan musuh Allah yang dihadapi oleh kaum Muslimin sahaja. Tetapi jihad dan persediaannya juga adalah untuk menyempurnakan satu tanggungjawab besar, iaitu menegakkan negara Islam, memberikan kuasa pada Islam dan menyebarkannya ke seluruh pelusuk dunia. Kerana tanggungjawab ini amat besar maka persiapannya juga adalah besar dan memerlukan kepada masa dan kesungguhan. Di sini masa bukanlah diukur dengan umur individu, tetapi ia diukur dengan umur umat dan dakwah. [Ustaz Mustafa Masyhur]