Berusaha menyatukan kefahaman
 
Oleh kerana Al Imam Asy Syahid Hasan Al Banna begitu mengambil berat 
dalam menyatukan kefahaman di antara  umat Islam dan supaya terhindar 
dari setiap perkara yg menimbulkan kesukaran dalam memahami lafaz, 
perselisihan atau perpecahan, kita dapati apabila beliau bercakap 
tentang nasionalisma, sufi, salafi dan sebagainya, beliau sentiasa 
mengatakan: "Jika yg dimaksudkan dgn nasionalisma itu begitu dan begini, 
maka kami bersama dgn nasionalisma. Tetapi jika dimaksudkan dgn makna yg 
lain dari itu, kami tidak bersamanya sama sekali." Kita tidak pernah 
mendengar beliau menghentam mana-mana jemaah secara terus tanpa 
membataskan maksudnya terlebih dahulu. Jadi beliau mengembalikan kita 
kepada "hakikat sesuatu perkara", maka dgn itu jelaslah makna yg 
dimaksudkan dan dapat menyempitkan jurang perselisihan.

Oleh itu wahai akhi da'i, kami mengharapkan agar saudara sentiasa 
berusaha mencari hakikat yg berada disebalik nama, supaya saudara tidak 
mengecam nasionalisma, kebangsaan, sufi dan nama-nama lain yg 
diperselisihkan oleh manusia tanpa membataskan makna yg saudara 
kehendaki terlebih dahulu. Kami juga berharap agar saudara menyedari 
bahawa sesetengah penulis Islam tidak memahami perkara ini dan tidak 
menyedari kepentingannya, lalu mereka mengecam mana-mana yg seperti tadi 
tanpa mengetahui adakah para pembaca bersetuju dgn kefahaman mereka 
terhadap lafaz-lafaz tersebut atau sebaliknya.

Di sana ada perkara lain yg ditunjukan oleh Imam Hasan Al Banna di dalam 
Risalah Ta'alim agar dapat membuka jalan kepada amal Islami yg serius. 
Beliau mendapati mana-mana umat, apabila mereka sibuk dgn amal, 
perdebatan akan berkurangan. Apabila umat tersebut ditimpa kelemahan dan 
kemunduran, semangat mereka akan gugur dan lebih sibuk dgn perdebatan 
dari amalan. Maka lahirlah di kalangan mereka Ilmu Kalam. Inilah maksud 
yg terkandung di dalam sabda Rasulullah saw yg bermaksud:

"Tidaklah sesat sesuatu kaum selepas berada di atas petunjuk melainkan 
mereka diberi perdebatan." [At Tirmizi:5/353 No:3253]

Kerana itulah kami melihat beliau berkata dalam Usul 20: "Membincangkan 
masalah yg tidak membuahkan amal adalah tergolong dalam perkara 
"memberat-beratkan" yg ditegah oleh syarak. Contohnya, membincangkan 
cabang-cabang hukum yg belum berlaku, membincangkan penafsiran ayat-ayat 
Qur'an yg belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan tentang 
kelebihan di antara para sahabat atau tentang perselisihan pendapat yg 
tercetus di kalangan mereka, semuanya adalah dilarang kerana para 
sahabat mempunyai kelebihan bersahabat dengan Rasulullah saw. Mereka 
diganjari mengikut niat mereka, lebih-lebih lagi masalah takwil adalah 
dibenarkan." [Majmu'atur Rasail:391]
Dengan usul ini, beliau mahu Umat Islam menjauhkan diri dari berdebat 
dan menunjuk-nunjuk kepada beramal.

Begitu juga kita melihat beliau dalam Usul Kesepuluh, selepas berbicara 
tentang pandangan Ikhwan Muslimin mengenai ayat-ayat sifat, bahawa 
mereka tidak berpegang kepada "takwil" atau "taktil" kerana bimbang 
kaedah yg baik ini akan dijadikan oleh sesetengah orang sebagai titik 
tolak untuk mengecam orang lain atau menyertai mereka dalam perdebatan 
panjang yg telah pun bermula semenjak lebih seribu tahun yg lampau dan 
berterusan sampai sekarang. Sebab itulah kita lihat beliau menyebut 
selepasnya: "Dan kita tidak akan menyentuh tentang perselisihan di 
kalangan Ulama', cukuplah dengan pengadilan Rasulullah saw dan para 
sahabat." Firman Allah SWT:

"Dan orang-orang yang mendalam pengetahuannya berkata: Kami beriman 
dengannya, semuanya dari tuhan kami." (Ali Imran:7)

Mungkin sebab itulah Imam Asy Syahid dalam usul Kesepuluh menarik 
perhatian kita bahawa ayat-ayat sifat adalah tergolong dalam perkara 
kesamaran. Inilah juga pendapat para imam yg terdahulu seperti Ahmad b 
Hambal, Ibnu Taimiyah, Ibn Al Qayyim, Ibnu Al Jauzi dan lain-lain ulama' 
salaf. Yang demikian itu adalah supaya perselisihan menjadi kecil dan 
tidak sampai ke peringkat munuduh kafir atau fasik.

Apabila saudara melihat ada orang yg berdebat dengan orang-orang yang 
mentakwil ayat-ayat sifat dan menganggap mereka sesat atau menolak 
kerjasama dengan mereka, maka ketahuilah bahawa beliau telah melanggar 
garisan Ikhwan dan garisan salafus soleh yg tidak terlibat sama sekali 
dengan perdebatan mengenai perkara-perkara tersebut sama ada di zaman 
Rasulullah saw atau pun generasi tabi'in. Sesungguhnya Ibnu Taimiyah 
berbeza pendapat dengan ramai ulama' di zamannya tentang ayat-ayat sifat 
dan seumpamanya, namun mereka semua melupakan perselisihan tersebut 
bahkan berdiri dalam satu saf ketika menghadapi Tartar yg merupakan 
musuh mereka semua.

[Pandangan Semula Kepada Risalah Ta'alim]