AL-UMMIYAH AL-DINIYYAH (BUTA AGAMA)
     
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA BUTA AGAMA
     
Metodologi-metodologi pendidikan di kebanyakan negara-negara Islam di 
dalam pendidikan umumnya telah dikuasai oleh serangan gelombang 
pembaratan. Di Mesir ia telah jatuh ke dalam perangkap wakil Britain, 
Kromer dan Menterinya, Paderi Dunlop. Dengan metodologi mereka, saki 
baki pelajaran-pelajaran agama dihapuskan. Ia hanya dimasukkan sebagai 
satu subjek di dalam perancangan pendidikan yang tidak lebih daripada 1 
atau 2 jam dalam seminggu. Markah bagi subjek agama tidak dimasukkan ke 
dalam jumlah umum bagi semua matapelajaran seorang pelajar. Ini membawa 
kepada penghinaan terhadap subjek ini dan cukuplah bagi pelajar untuk 
mendapat markah yang terendah untuk menjadikan subjek ini lulus.

Kebiasaannya guru bahasa asing atau guru matematik sebagai contohya akan 
meminta daripada kawannya guru subjek agama untuk menyerahkan bahagian 
masa bagi subjek tersebut kepadanya dan guru tersebut bersetuju dengan 
permintaan itu.
     
Subjek agama ini hanyalah membincangkan tajuk-tajuk umum yang berkaitan 
dengan akhlak ataupun ibadat secara terhad. Seorang pelajar diajar 
seperti ini sehinggalah mereka tamat daripada pengajian. Mereka akan 
memperolehi kelulusan ilmiah yang paling tinggi, tetapi mereka tidak 
mengetahui secara keseluruhannya hukum-hukum syarak yang sepatutnya 
diketahui secara daruri (mudah) daripada agama. Mereka tidak mengetahui 
bahawa pelaksanaan syariah Islam di dalam bidang kehidupan 
kemasyarakatan, ekonomi, jenayah dan hudud merupakan fardu-fardu Islam 
di dalam sebuah negara Islam.
          
Suatu hari saya pernah bercakap dengan beberapa orang tenaga pengajar 
Universiti. Saya menyebutkan satu ayat daripada Surah al-Hadid (besi). 
Apabila salah seorang daripada mereka mendengar nama surah tersebut, dia 
berkata: Besi atau kayu? Saya menyangka dia mempersenda dan 
mempermain-mainkan saya. Apabila saya meminta penjelasan daripadanya 
dengan cara yang baik, saya mendapat tahu bahawa dia tidak mengetahui 
bahawa di dalam al-Qur'an terdapat satu surah bemama Surah al-Hadid. 
Inilah yang peringkat paling minimum yang kita namakan sebagai buta 
agama.
     
[HALANGAN-HALANGAN PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM oleh Prof. Manna' Khalil 
al-Qaththan; Maktabah al-Qardhawi 1998]