Assalamu'alaikum wa rahmatullah.
 
Bagian Pertama: Muslim Sebagai Individu

Pengantar

Topik dari bahagian pertama ini adalah Apa Ertinya Kita Sebagai Individu 
Menganut Islam. Bahagian ini menerangkan sifat2 yg seharusnya ada pada 
setiap insan utk boleh menjadi muslim yg seutuhnya.

Memeluk Islam bukanlah pemelukan yg hanya disebabkan oleh warisan (i.e. 
hanya karena orang tua kita muslim), hobby, ataupun pemelukan secara 
lahiriah saja. Pemelukan yg dimaksud adalah penggabungan diri kedalam 
Islam itu sendiri, beriltizam dgn Islam, dan menyesuaikan diri dg Islam 
dalam semua aspek kehidupan.

Dalam tulisan mendatang akan dicuba utk diterangkan dgn ringkas ttg 
sifat2 yg seharusnya dimiliki oleh setiap Muslim, agar dgn adanya sifat2 
ini penggabungan dirinya kedalam Islam merupakan penggabungan yg sah dan 
benar.

Firman Allah:

"Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang Muslimin dari dahulu dan 
(begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi ke 
atas kamu dan supaya kamu menjadi saksi atas segenap manusia." (Al-Hajj: 
78)

Muslim Dari Sudut Akidah

Akidah yg benar dan sah adalah syarat pertama bagi setiap orang yg 
mengaku telah menerima Islam sebagai agama yg mengatur hidupnya. Akidah 
tsb haruslah sesuai dgn apa yg termaktub dalam kitab Al-Quran dan sunnah 
Rasulullah saw. Seorang Muslim harus beriman dan mempercayai perkara2 yg 
telah diimani atau dipercayai oleh para salafussaleh dan para imam yg 
telah terbukti kebajikan, kebaikan, ketakwaan, dan kefahaman mereka yg 
tepat dan benar terhadap Islam.

Untuk menjadikan akidah kita benar2 diiktiraf sebagai akidah seorang 
muslim, kita harus:

SATU: Mengimani dan meyakini bahwa pencipta alam sejagat ini adalah 
Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan 
pertolongan orang lain. Ini semuanya boleh dibuktikan melalui keindahan, 
kerapihan, dan keselarasan alam ciptaan Allah, dimana setiap unit alam 
ciptaan ALlah ini memerlukan unit yg lain utk menjamin kewujudan & 
kestabilannya. Satu bahagian dari kejadian alam ini tidak mungkin berada 
dalam keadaan stabil tanpa keberadaan unit yg lain. Kewujudan alam 
semesta yg demikian indah dan teratur ini tak mungkin akan terjamin 
tanpa tadbir dari Allah Yang Maha Berkuasa. Dalam hubungan ini Allah 
telah berfirman:

"Sekiranya ada di langit dan di bumi ini Tuhan-tuhan selain Allah 
tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha Suci Allah yg 
mempunyai Arasy daripada apa yg mereka sifatkan." (Al-Anbiyaa':22)

[Apa Erti Saya Menganut Islam: Utz Fathy Yakan]