Di antara pendirian Ikhwan Muslimin terhadap orang lain: - Anggota Ikhwan akan memberi sokongan kepada setiap pertubuhan yg dengan usahanya sendiri (pertubuhan tersebut) telah melaksanakan sebahagian dari program-program Ikhwan Muslimin. - Ikhwan Muslimin mestilah mempastikan bahawa setiap sokongan yg diberikan kepada mana-mana pertubuhan tidak bertentangan dengan matlamat Ikhwan pada bila-bila masa pun. - Pertubuhan-pertubuhan yg berfaedah hendaklah didorongkan (dijuruskan) kepada suatu matlamat dengan memperkuatkannya dan bukan melemahkannya. - Ikhwan Muslimin bersikap ikhlas terhadap pertubuhan-pertubuhan Islam, malah berusaha dengan segala jalan untuk memperdekatkan kesemuanya. Dan Ikhwan Muslimin yakin bahawa saling cinta-mencintai di antara orang-orang Islam merupakan asas yg paling sihat untuk menggerakkan orang-orang Islam. Dan Ikhwan Muslimin menentang setiap pertubuhan yg mencacatkan nama Islam seperti Bahai dan Qadiani. [Imam Hasan al-Banna]