Usul Kelapan

"Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab 
kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada 
perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yg berijtihad ada pahalanya. 
Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq 
ilmu/penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yg diperselisihkan dalam 
suasana kasih sayang kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam 
menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yg dicela 
serta taksub."

Keterangan

Al Imam Syahid Hasan Al Banna menjelaskan dalam usul ini tentang sikap 
atau pendirian dalam menghadapi perselisihan fiqh dan kesan-kesan dari 
perselisihan tersebut.

Ramai orang telah tersilap dalam menentukan sikap yg sebenarnya dalam 
menghadapi masalah perselisihan fiqh ini. Sikap ini akhirnya membuahkan 
hasil yg amat pahit. Perpecahan, perbalahan, permusuhan, taksub dan 
pertengkaran berlaku dan umat kemudiannya menjadi lemah, sehinggalah 
datang Al Imam Syahid dengan pendirian  yg sebenar yg memelihara 
kejinakan hati dan kejernihan jiwa manusia.

Perselisihan fiqh tidak seharusnya memecah belahkan.

Al Imam Asy Syahid menekankan tentang permasalahan ini kerana:

- perselisihan fiqh merupakan sesuatu yg pasti akan berlaku.
- setiap orang akan mengambil pendapat mana-mana imam bertujuan untuk   
mentaati Allah SWT dan mentaati Rasulullah SAW.
- kejinakan hati  lebih besar dari apa yg didapati dari perselisihan    
fiqh.
- kita boleh mengambil pengajaran dan contoh yg baik dari generasi yg   
diasuh oleh Rasulullah SAW. Mereka berselisih faham dalam perkara yg   
bersangkutan dgn fiqh tetapi mereka tidak berpecah atau bermusuhan.

Oleh kerana itulah Imam Asy Syahid menunjukan kepada akal-akal yg 
berfikiran waras kearah kefahaman yg sebenar lalu menetapkan bahawa: 
"Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab 
berlakunya pepecahan dalam agama atau membawa kepada perbalahan dan 
permusuhan."

Apa yg ditetapkan oleh beliau itu juga adalah juga apa yg telah 
ditetapkan oleh para ulama' yg terkemuka. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah 
berkata:"Manakala perselisihan dalam menentukan hukum-hakam adalah 
terlalu banyak dan jika sekiranya setiap kali dua orang Muslim 
berselisih pendapat dalam sesuatu, boleh menyebabkan kedua-duanya 
berjauhan, nescaya tidak akan wujud di kalangan kaum Muslimin keteguhan 
dan persaudaraan." [Al Fatawa:24/173]

Antara usul ahli Sunnah wal Jamaah ialah berpegang teguh dengan tali 
Allah SWT (agama) dan tidak berpecah-belah. Firman Allah SWT:

"Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah 
belah." [Ali Imran:103]

[Pandangan Semula Kepada Risalah Ta'alim]