Assalammualaikum...

Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata
yang keluar dari orang  yang dilindungi dari dosa, Rasulullah (s.a.w). Setiap
perkara yang datang dari para salaf-us-soleh r.a yang bertepatan dengan  kitab  
Allah  dan sunnah, kita hendaklah menerimanya. Kalau  tidak  bertepatan  
dengan  nas, maka nas al-Quran dan sunnah Rasulullah (s.a.w) adalah yang  
lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak  sekali-kali mengutuk dan memburukkan 
seseorang dari mereka walaupun apa yang telah diselisihkan  mengenainya. Kita 
serahkan semuanya kepada  niat masing-masing kerana mereka telah bergantung kepada
apa yang telah mereka kerjakan.

RISALAH TAALIM