Suara-suara Penghalang Dan Pelemah Yg. Melemahkan.

Sebahagian lagi dari rintangan-rintangan yg patut kita perhatikannya 
supaya kita tidak memandang ringan akan bahayanya ialah suara-suara atau 
bisikan-bisikan yg menghalang dan melemahkan yg selalu dibisikkan kepada 
para pendukung dakwah dari sekitarnya. Ia timbul di dalam berbagai-bagai 
bentuk sama ada berupa nasihat, tunjukajar, ajaran-ajaran dan ancaman 
dari pihak yg mempunyai penyakit di dalam hatinya atau dari golongan yg 
lemah kemahuan dan malap cita-citanya untuk meneruskan perjalanannya dan 
tidak sanggup lagi memikul tanggungjawab dakwah yg besar dan susah itu, 
kerana mereka lebih mengutamakan keenakan afiat dan keselamatan diri 
daripada panas teriknya api jihad dan nyala dakwah Islam. 

Ataupun hasutan-hasutan yg timbul dari musuh Allah yg sentiasa mengatur 
tipu daya untuk memusnahkan dakwah dan memperdaya para pendukungnya.

Al-Qur'an AlKarim telah menyuruh kita berjaga-jaga dan berwaspada dari 
golongan manusia yg seperti itu dan memberitakan kepada kita 
berbagai-bagai bentuk uslub, cara-cara, pengaruh dan tipudaya mereka 
terhadap dakwah dan pendokongnya. Dan Allah membalas mereka dan membuka 
tembelang mereka di dalam firmanNya yg bermaksud:

"Dan mereka berkata: "Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam 
panas terik ini." Katakanlah: "Api neraka jahanam itu lebih sangat 
panasnya jikalau mereka memahami." (At-Taubah 81)

"Orang-orang yg mengatakan kepada saudara-saudaranya dan mereka tidak 
turut pergi berperang: "Sekiranya mereka mengikuti kita, tentulah mereka 
tidak terbunuh." Katakanlah: "Tolaklah kematian itu dari dirimu, jika 
kamu orang-orang yg benar." (AliImran 168)

"Jika mereka berangkat bersama-sama kamu nescaya mereka tidak menambah 
kamu selain dari kerosakan belaka dan tentu mereka akan bergegas-gegas 
maju ke muka di celah-celah barisanmu untuk mengadakan kekacauan di 
antaramu, sedang di antara kamu ada orang-orang yg amat suka 
mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang yg zalim." 
(AtTaubah 47)

[Tariqud Da'wah - Utz. Mustafa Masyhur]