Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah

Syumul AdDa'wah:

Tatkala kita menyampaikan da'wah dan peringatan, kita wajiblah 
mengemukakan kesyumulannya, dgn selengkapnya, dgn seutuhnya dan dgn 
segala kesempurnaannya yg sempurna dan menyempurnakan itu dan tidak pula 
memisahkan sebahagian dari keseluruhannya atau memansuhkan sebahagian 
drpd nya, kerana sesungguhnya Islam itu adalah penutup segala agama.

Oleh kerana itu kita dapati Imam Hasan alBanna memberi pengertian itu 
dlm dasar pertama dari Rukun Faham lalu beliau berkata:

"Al-Islam itu satu nizam, satu sistem hidup yg lengkap, yg syumul, yg 
merangkumi setiap realiti hidup. Jadi Islam itu adalah daulah dan 
tanahair ataupun pemerintahan dan ummah. Dia adalah akhlak dan kekuatan 
serta rahmah dan keadilan, dia adalah kebudayaan dan undang2 ataupun 
ilmu dan kehakiman, dia adalah mata benda dan harta atau usaha dan 
kekayaan, dia adalah jihad dan da'wah atau tentera dan fikrah 
sebagaimana dia sebagai aqidah dan ibadah".

Satu dari kewajipan kita ialah mengingatkan bagaimana besarnya dosa yg 
dibuat terhadap Islam oleh satu puak yg tampil ke hadapan yg kononnya 
hendak beramal di bidang da'wah Islam. Tetapi sayangnya mereka hanya 
mengemukakan hanya satu bahagian dari Islam dan melupakan sebahagian yg 
lain dgn sengaja ataupun tidak, sama ada kerana jahil dgn tabiat Islam 
atau kerana mengelakkan tentangan dari pihak jahiliyah yg berkuasa atau 
dgn niat jahat. Ini semua dilakukan oleh jemaah yg menjadi boneka musuh2 
Islam. 

Kita mestilah menyatakan dan menerangkan kesalahan dan juga bahayanya 
cara yg demikian itu supaya para pemuda kita yg punya ghairah dan 
semangat keagamaan tidak akan terdorong utk mengikuti jln yg demikian 
itu. Ini hanyalah akan memudharatkan mereka2 yg mahu membawa menafaat 
(da'wah).

[M Masyhur]