Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

1. Tabiat Marhalah Ini:

Sesungguhnya kita sedang berada di dalam peringkat meneguhkan dasar 
(tapak) mukmin yg kukuh yg di atasnya nanti akan kita bangunkan daulah 
Islamiah. Dasar itu kemudiannya akan menjelma di dalam diri 
individu-individu muslim — para pendukung aqidah, keluarga Islam yg 
menjelmakan dan menterjemahkan Islam di dalam rumahtangganya dan 
beriltizam dengan segala ajarannya dan pendapat umum Islam yg sedar, 
atau masyarakat Islam. 

Inilah tiga lapangan: iaitu individu, rumahtangga dan masyarakat, itulah 
bidang amal yg sangat penting diusahakan sekarang. Inilah asas yg kuat 
utk pembangunan Islam yg agung. Syiar kita, cogan kata pada peringkat 
ini ialah 'Perbaiki Dirimu Dahulu dan Kemudian Serulah Orang Lain.' 

Ini adalah dua tuntutan yg pokok dan penting di dalam lapan perkataan 
sahaja tetapi kesimpulan amal dan asasnya, pencapaian pugak (vertical): 
perbaiki dirimu dan pencapaian ufuk (horizontal): seru org lain. Kerana 
sesungguhnya itu telah menjadi sunnah Allah, tidak akan berubah di dalam 
makhlukNya:

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga 
mereka merubah keadaan yg ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Rad:11)

Itulah realiti yg telah rosak, kecelakaan dan kesempitan, kemusnahan dan 
kebinasaan yg dihayati manusia zaman ini, tidak akan berubah kecuali 
apabila kita merubah apa yg ada pada diri kita dan iltizam dengan jalan 
Allah.

2. Banyak Dan Sedikit:

Sesungguhnya bilangan Muslim hari ini sungguh ramai sekali, akan tetapi 
kekurangan mutu, kita kekurangan pendukung-pendukung aqidah yg mempunyai 
peribadi Mukmin yang kuat yang berpengaruh yg mampu merubah realiti yg 
rosak dan merosakkan, yg mampu merubah kenyataan yg buruk, yg mampu 
membangunkan umat Islamiah yg baik. 

Kita teringat kata-kata hikmah dari al Imam Hassan al-Hudaibi: 
Tegakkanlah daulah Islam dalam hati kamu supaya daulah Islam tegak di 
bumi kamu. Inilah bentuk dan mutu laki-laki aqidah, mutu yg terbentuk di 
dalam madrasah Rasulullah s.a.w, terbentuk di bawah naungan Al Qur'an 
dan terus bertambah baik melalui dakwah menyeru manusia kepada agama 
Allah, mempersaudarakan mereka pada Allah yang terikat dengan ikatan 
aqidah Islam dan inilah ufuk ikatan. 

Akhirnya madrasah Rasulullah s.a.w itu berjaya membentuk peribadi Muslim 
di kalangan sahabatnya dengan pertolongan Allah dan penentuanNya dan 
mereka terus membangunkan daulah Islam, negara Islam yang agung.

Di atas jalan itulah kita mesti berjalan, terdidik dan terbentuk bawah 
naungan al Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w dan di atas jalan inilah 
kita seru manusia kepada jalan Allah, di atasnyalah kita bersaudara dan 
bersatu.

[Utz Mustafa Masyhur]