Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah. At-Ta'arif (memperkenalkan) atau Membicarakan Da'wah: Marhalah ini penting dan asasi, sebab ia merupakan langkah yg pertama di dalam perjalanan kita di atas jalan da'wah. Setiap kesilapan atau pun penyelewengan yg dilakukan di dalam pengenalan, makrifah dan kefahaman ini akan membawa kepada natijah dan akibat yg buruk dan akan membawa da'wah terpesong jauh dari garisannya. Syumul AdDa'wah: Tatkala kita menyampaikan da'wah dan peringatan, kita wajiblah mengemukakan kesyumulannya, dengan selengkapnya, dengan seutuhnya dan dengan segala kesempurnaannya yg sempurna dan menyempurnakan itu dan tidak pula memisahkan sebahagian dari keseluruhannya atau memansuhkan sebahagian daripadanya, kerana sesungguhnya Islam itu adalah penutup segala agama. Oleh kerana itu kita dapati Imam Hasan alBanna memberi pengertian itu dalam dasar pertama dari Rukun Faham lalu beliau berkata: "Al-Islam itu satu nizam, satu sistem hidup yg lengkap, yg syumul, yg merangkumi setiap realiti hidup. Jadi Islam itu adalah daulah dan tanahair ataupun pemerintahan dan ummah. Dia adalah akhlak dan kekuatan serta rahmah dan keadilan, dia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun ilmu dan kehakiman, dia adalah mata benda dan harta atau usaha dan kekayaan, dia adalah jihad dan da'wah atau tentera dan fikrah sebagaimana dia sebagai aqidah dan ibadah". [Utz Mustafa Masyhur]