Assalamu'alaikum wa rahmatullah. "Adalah salah anggapan yg menyangka bahawasanya Ikhwanul Muslimun sebagai satu jemaah tariqat-tasauf. Satu kumpulan yg mengasingkan diri mereka di dlm satu daerah yg sempit dari ibadat Islam, perhatiannya semata-mata ditumpukan kpd solat, puasa, berzikir dan bertasbih. Sebenarnya Ikhwanul Muslimun mengenali Islam bukanlah menurut bentuk ini dan tidak beriman kpd nya menurut cara ini. Tetapi mereka beriman dgn Islam sebagai aqidah dan ibadat, tanah air dan kebangsaan, akhlaq, moral dan material, kebudayaan dan undang-undang, toleransi dan ketegasan. Mereka menyakini Islam sebagai satu sistem hidup (yg lengkap), sempurna, merangkumi segenap jurusan dan kegiatan hidup manusia, yg memfardukan dirinya di segenap realiti hidup. Mereka mengambil Islam sebagai agama yg mengatur urusan dunia dan juga kehidupan akhirat. Mereka menyakini Islam sebagai satu sistem hidup yg praktikal dan ruhaniyah." Pada mereka (Ikhwanul Muslimun), Islam adalah agama dan negara, mashaf (Al-Qur'an) dan pedang. Di samping itu, mereka tidak mensia-siakan ibadat mereka dan tidak cuai di dlm menyempurnakan kewajipan mereka kepada Tuhan mereka. Mereka berusaha memperbaiki solat mereka, membaca kitab Allah s.w.t., berzikir dan mengingati Allah s.w.t. menurut cara yg diperintahkan kpd mereka, menurut batas-batas yg ditentukan kpd mereka tanpa melampau dan berlebih-lebihan, tanpa menyusah-nyusahkan dan mengorek-ngorek dgn lebih dari yg sewajarnya. Mereka lebih mengenali sabda Rasulullah s.a.w. Di samping itu mereka mengambil juga bahagian dari dunia, tanpa membahayakan akhirat mereka dan melaksanakan firman A s.w.t.: Maksudnya: "Katakanlah: "Siapakah yg mengharamkan perhiasan dari Allah yg telah dikeluarkanNya utk hamba-hambaNya dan (siapa pulakah yg mengharamkan) rezeki yg baik?" (AlA'raf:32) Ikhwanul Muslimun mengetahui bahawasanya sebaik-baik sifat utk sebaik-baik jemaah ialah sifat-sifat para sahabat Rasulullah s.a.w.: Maksudnya: "Ahli pertapaan (rahib) di malam hari dan pahlawan perang di siang hari." Demikian Al Ikhwan berusaha sungguh-sungguh utk menjadi satu jemaah seperti sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Salahlah anggapan org yg menyangka bahawa Ikhwanul Muslimun menyeru kpd kemalasan dan kesia-siaan. Kerana Ikhwanul Muslimun mengisytiharkan setiap masa, bahawasanya Muslim itu mesti menjadi imam dan pemimpin di dlm segala perkara dan tidak terkecuali dari menjadi pemimpin, beramal dan berjihad. Utk menjadi pelupur di dlm segala perkara, samada di bidang ilmu, kekuatan, di segi kesihatan dan harta. Berundur ke belakang di dlm salah satu jurusan ini membahayakan fikrah kita dan bertentangan dgn ajaran agama kita. Di samping itu, kita mengecam manusia-manusia yg terlalu kebendaan. Mereka hidup hanya utk diri mereka sahaja, mereka menggunakan segala bakat, waktu dan usaha mereka dlm pembentukan peribadi yg egoistik, berusaha hanya utk diri mereka sendiri. Mereka hanya membuat bakti kpd diri mereka sahaja dan tidak memperhatikan sedikitpun akan urusan umat mereka, padahal Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Maksudnya: "Barangsiapa tidak memperhatikan urusan muslim, maka dia bukanlah dari mereka". Demikian juga baginda bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mewajibkan al ihsan (berbuat baik dan berbakti) kpd setiap sesuatu". [Dakwah & Tarbiyyah : Imam Hasan alBanna] *************** "Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?" (Surah Al Qamar:22)