MATERI TARBIYAH
NASIHAT UNTUK SUAMI I



Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah
Number: isnet/2168; Att: is-mod, is-lam, mus-lim

Nomor: tarbiyah/20oct95/1018
Bismillaahirrahmaanirrahiim

                        NASIHAT UNTUK SUAMI I


                       /   !  _         \ !        !!
                   ,o,_\_;_!_(_      ,o,_\!__;_;_;_!!
                  (                 (
Baru-baru ini saya menerima keluhan dari seorang suami yang mengatakan , "Takkan
asyik kita aje yang nak memahami dia, dia pun mestilah juga memahami kita". Saya
menambah padanya, "Memang benar, isteri juga mesti memahami kehendak atau tabiat
suami," Dan saya menambah lagi,  " Kita lah yang mestilah dahulu memahaminya
supaya dia boleh memahami kita."

Suami-suami yang saya hormati,

Realitinya memang tak semudah seperti mana yang diperkatakan. Ia memerlukan
banyak pengorbanan dan penelitian.
Beruntonglah mana-mana suami yang mendapat isteri yang sama-sama aktif dalam
jamaah kerana mereka saling memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Tetapi itu hanya memahami dalam hal-hal jamaah. Tidak semestinya suami isteri
itu juga telah memahami kehendak peribadi masing-masing.

Cuba kita perhatikan, seorang wanita yang dibesarkan selama 23 tahun dengan gaya
hidup keluarganya yang sudah sebati dalam jiwa sanubarinya dan KEMUDIAN hidup
serumah dengan suaminya yang juga dibesarkan selama 26 tahun dengan cara hidup
keluarga yang berlainan dengannya. Tentu sekali memerlukan waktu yang panjang
juga untuk kedua pasangan ini faham memahami antara satu dengan lain. Ada
pasangan yang sampai 20 tahun berkahwin (anak dah naik lapan orang) pun masih
tak faham-faham mengapa isterinya itu asyik merajuk aje. Proses faham dan
memahami ini akan mengambil masa lama melainkan kita  yang usahakan secara
berencana dengan penuh kesabaran.

Pengalaman seorang suami menyuruh isterinya memakai tudung kepala telah
mengambil masa selama 4 tahun. Tahun pertama di isi dengan nasihat dan dengan
sabar menerima ejekkan isterinya. Tahun kedua isterinya mula memakai skaf tiga
segi menutup rambut dengan sedikit fesyen lilitan di kepala. Tahun ketiga mula
mengenakan tudung V yang ada beropol-ropol di hujung. Dan masuk ke tahun empat
mula menjahit sendiri tudung labuhnya sebab tiada kedai yang jual selabuh yang
dia inginkan. Ini contah suami dan jamaahnya yang secara aktif mempengaruhi
isterinya itu. Jika suami tadi pasif, tentu masa itu menjadi lebih lama
kecualilah jika Allah yang menghendaki sesuatu perubahan mendadak daripadanya.

Poin yang nak diutarakan di sini ialah, kita mesti secara aktif memberikan
tarbiyyah supaya isteri kita boleh memahami kita, tugas kita di pejabat dan
tanggungjawab kita dengan jamaah. Dan sebaik tarbiyyah ialah kita yang bercakap
dalam usrah tu menyerupai apa yang kita bikin di dalam rumah sendiri dengan
mengambil kira tahap-tahap kefahaman isteri kita itu.

Bagi isteri-isteri pula, (print yang ini, tunjukkan padanya), jika cik Abang ni
baru nak mula bawa balik sejambak bunga dari berjalan jauh tu, maka terimalah
bunga itu sebagai tanda kasihnya, balaslah kasihnya itu dengan belaian mesra.
Gubahlah bunga itu di atas meja solek di tepi katil . Biar semerbak wanginya
bersama-sama harumnya daun-daun autumn yang sedang berguguran. Bila lagi ingin
berubah? Sekaranglah masa nak berubah... mulakan dari sekarang.

Selamat menerima belaian mesra selepas memberi bunga padanya.

Wassalam

Pak Utih
MSM Birmingham



%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%%*%*%
*   "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit  *
%    ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan beri- %
*    lah berita gembira kepada orang2 yang sabar."  (Al-Baqarah : 155)   *
%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%%*%*%*%*%


------------
tarbiyah@isnet.org



Rancangan KTPDI. Hak cipta © dicadangkan.